Tragedi lif hampir musnahkan musim Pavan

Tragedi lif hampir musnahkan musim Pavan

Andrea Pavan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Karier pemain golf Itali, Andrea Pavan berdepan ancaman selepas insiden ngeri terjatuh ke dalam ruang lif menjelang Terbuka Afrika Selatan di Stellenbosch minggu ini.

Kejadian malang itu berlaku apabila pintu lif di penginapan persendirian terbuka tanpa kehadiran kabin di aras berkenaan sebelum Pavan terhumban beberapa tingkat ke bawah.

Pemain berusia 36 tahun yang pernah menjulang dua kejuaraan Jelajah Eropah itu dikejarkan ke hospital dengan kecederaan parah termasuk patah beberapa tulang belakang serta kecederan serius pada bahu.

“Saya menjalani pembedahan bahu dan belakang pada Rabu malam dan kini sedang pulih di hospital. Saya ada banyak sesi rehabilitasi dan kerja keras menanti,” kata Pavan.

Menurut Pavan, dua hari pertama selepas pembedahan cukup mencabar, namun beliau bersyukur berada di bawah pemantauan pasukan perubatan yang profesional dan berdedikasi.

“Dua hari lalu agak sukar, tetapi saya berada dalam jagaan yang sangat baik. Ramai pemain, kedi dan pegawai datang melawat serta menghubungi saya, ia amat bermakna,” katanya.

Bekas rakan sepasukannya, Matt van Zandt memaklumkan Pavan dijangka terus berada di Afrika Selatan selama beberapa minggu sebelum dibenarkan pulang ke Amerika Syarikat (AS).

Satu tabung khas turut diwujudkan bagi membantu menampung kos rawatan yang dijangka tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN