Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang meninggal dunia

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Selangor mengesahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Shahnaz Akhtar Haj meninggal dunia di Hospital Serdang pagi ini.

Allahyarham berusia 51 tahun meninggal dunia pada pukul 10 pagi ini akibat serangan jantung.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.

“Allahyarham bertugas akhir sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

“Allahyarham telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 30 tahun,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat Warga Polis Kontinjen Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN