TUMPAT: Aidilfitri yang sepatutnya diraikan bersama keluarga tercinta bertukar menjadi rutin penugasan buat Sarjan Mohd. Khairun Naim Ishak apabila sudah sedekad beliau menyambut 1 Syawal di sempadan negara. Malah, tahun ini menjadi kali ke-10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa itu tidak dapat beraya bersama isteri dan anak-anak. “Aidilfitri bukan lagi tentang pagi raya bersama keluarga, sebaliknya sudah menjadi rutin bertugas yang sebati dalam diri saya. “Sebagai…











