Sivasangari tidak perlu perah keringat ke separuh akhir Terbuka Australia

Sivasangari tidak perlu perah keringat ke separuh akhir Terbuka Australia

S. Sivasangari bakal berdepan Nele Gillis pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Australia di Brisbane, Australia, Sabtu ini. - Ihsan Australia Open
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang skuasy No. 6 dunia, S. Sivasangari tidak perlu memerah keringat untuk mara ke separuh akhir, selepas rakan senegara, Aira Azman menarik diri akibat kecederaan hamstring pada suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Australia di Brisbane, Australia, hari ini.

Aira yang merupakan pemain No. 22 dunia mengambil keputusan tersebut sebelum perlawanan suku akhir berlangsung petang tadi.

Sivasangari yang diletakkan sebagai pilihan pertama akan berdepan pemain No. 12 dunia, Nele Gillis dari Belgium pada pukul 4.30 petang, Sabtu ini.

Gilis menjejakkan kaki ke peringkat empat terbaik selepas menumpaskan kakak Aira, Aifa Azman menerusi kemenangan straight set 11-5, 11-5, 11-3 dalam masa 40 minit.

Berdasarkan rekod pertemuan lalu, pemain wanita No. 1 Malaysia, Sivasangari ketinggalan 3-4 di belakang Gillis, tetapi, dalam dua perlawanan terbaru kemenangan berpihak kepada anak jati Sungai Petani, Kedah itu.

Pada tahun ini sahaja, kedua-dua pemain tersebut pernah bertemu pada Terbuka Windy City di peringkat 32 terbaik yang berpihak kepada Sivasangari menerusi kemenangan ke atas Gillis 11-8, 11-7, 11-8.

Pada tahun lalu, pemain berusia 27 tahun itu juga berjaya mengalahkan Gillis 11-8, 11-5, 11-5 pada Kejohonan Skuasy Klasik Qatar di peringkat 16 terbaik.

Menerusi dua kemenangan tersebut, sekurang-kurangnya memberi suntikan motivasi kepada harapan Malaysia itu untuk menempah laluan ke perlawanan akhir dan sekali gus memburu gelaran di Brisbane.

Sementara itu, dalam perseorangan lelaki, pemain No. 19 dunia, Ng Eain Yow dijadual bertemu bintang No. 9 dunia, Mohamad Zakaria dari Mesir di suku akhir, esok.

Cabaran getir menanti anak jati Kuala Lumpur itu dengan rekod pertemuan berpihak kepada Mohamad 2-1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN