Sabalenka pertahan gelaran Terbuka Miami

Sabalenka pertahan gelaran Terbuka Miami

ARYNA Sabalenka bergambar bersama trofi Terbuka Miami di Stadium Hard Rock, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka mempertahankan kejuaraan Terbuka Miami selepas menewaskan Coco Gauff 6-2, 4-6, 6-3 dalam aksi final yang penuh dramatik di Hard Rock Stadium, hari ini.

Sabalenka memulakan perlawanan dengan cukup agresif apabila mematahkan servis Gauff seawal permainan pertama sebelum menguasai set pembukaan tanpa memberi sebarang peluang ‘break point’.

Pemain Belarus itu terus menekan dengan pukulan bertenaga dan berjaya menutup set pertama dalam tempoh hanya 37 minit.

Namun, Gauff bangkit pada set kedua dengan permainan lebih kemas apabila berjaya memecah servis buat kali pertama untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, Sabalenka kembali mengawal tempo permainan apabila memecah servis lawan seawal permainan pertama sebelum terus mendominasi.

Gauff cuba bangkit pada penghujung saingan, namun beberapa kesilapan sendiri termasuk ‘double fault’ menjejaskan peluangnya untuk mencabar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN