Russell tawan GP Australia

Russell tawan GP Australia

GEORGE Russell cemerlang menamatkan perlumbaan selepas mencatatkan hampir tiga saat di hadapan rakan sepasukan, Kimi Antonelli, manakala Charles Leclerc dari Ferrari ketinggalan lebih 15 saat dalam cuaca mendung di litar Albert Park, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Pemandu Mercedes, George Russell membuka kempen Formula Satu (F1) 2026 dengan cemerlang untuk Mercedes selepas muncul juara di Grand Prix (GP) Australia di Albert Park, sebentar tadi

Pemandu Britain itu menamatkan perlumbaan hampir tiga saat di hadapan rakan sepasukan, Kimi Antonelli, manakala Charles Leclerc dari Ferrari ketinggalan lebih 15 saat dalam cuaca mendung di litar tepi tasik.

Russell menonjol sejak sesi kelayakan dan mengekalkan dominasi selepas pertarungan sengit dengan Leclerc pada sembilan pusingan awal, sebelum Mercedes menjarakkan diri dengan strategi tayar yang tepat.

Hari malang menimpa McLaren apabila wira tuan rumah, Oscar Piastri, terbabit kemalangan pada pusingan peninjauan sebelum perlumbaan bermula, manakala rakan sepasukannya Lando Norris menamatkan perlumbaan di tempat kelima, di belakang juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton.

Juara empat kali Max Verstappen berada di tempat keenam untuk Red Bull, dengan hanya 20 daripada 22 kereta berjaya menamatkan perlumbaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN