PSG benam Chelsea di Stamford Bridge, mara ke suku akhir

PSG benam Chelsea di Stamford Bridge, mara ke suku akhir

Kemenangan itu bukan sekadar tiket ke suku akhir, malah menjadi isyarat jelas bahawa PSG kini berada di landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan Eropah yang dimenangi buat pertama kali musim lalu.-IHSAN FB PSG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Paris Saint-Germain (PSG) tampil garang tanpa kompromi apabila membenam Chelsea 3-0 di Stamford Bridge, sekali gus menoktahkan cabaran wakil England itu dengan agregat besar 8-2 dalam aksi timbal balik Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Kelekaan awal tuan rumah terus dihukum apabila Khvicha Kvaratskhelia membuka tirai jaringan seawal permainan, sebelum Bradley Barcola menggandakan derita Chelsea menerusi gol menarik yang mempamerkan ketajaman jentera serangan pelawat.

Sebarang harapan kebangkitan The Blues terus berkubur apabila pemain gantian, Senny Mayulu, menambah jaringan ketiga pada babak kedua, mengesahkan dominasi mutlak skuad kendalian Luis Enrique.

Kemenangan itu bukan sekadar tiket ke suku akhir, malah menjadi isyarat jelas bahawa PSG kini berada di landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan Eropah yang dimenangi buat pertama kali musim lalu.

Lebih manis, kejayaan tersebut turut ‘membalas dendam’ kekalahan mereka kepada Chelsea dalam final Piala Dunia Kelab, sekali gus membuktikan kematangan taktikal dan konsistensi PSG di pentas besar.

Kekalahan memalukan itu menambah tekanan buat Chelsea yang kini perlu bangkit segera, dengan fokus terarah kepada perebutan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan selepas melalui minggu yang cukup suram.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN