Penyokong Leeds diminta bertolak-ansur

Penyokong Leeds diminta bertolak-ansur

LEEDS menggesa agar penyokong mereka menghormati pemain beragama Islam untuk berbuka puasa ketika perlawanan sedang berlangsung. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEEDS:Leeds United menggesa penyokong mereka untuk menghormati waktu rehat bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa pada perlawanan Piala FA menentang Norwich, esok.

Penyokong Leeds di Elland Road telah mengutuk ketika pasukan itu menentang Manchester City dalam aksi liga apabila perlawanan dihentikan seketika bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa dengan mengambil minuman.

Kelab dari Yorkshire itu akan menjadi tuan rumah menentang kelab divisyen kedua, Norwich dalam pusingan kelima Piala FA telah memohon agar penyokong menunjukkan rasa hormat terhadap Ramadan.

“Pada masa yang sesuai selepas matahari terbenam di Leeds pada pukul 5:56 petang, iaitu sekitar minit ke-75 dalam perlawanan kami menentang The Canaries, pengadil akan menghentikan perlawanan seketika bagi membolehkan pemain dari kedua-dua pasukan mengambil minuman dan suplemen tenaga mengikut protokol yang telah dipersetujui.

“Rehat juga telah diadakan semasa perlawanan liga kami menentang Manchester City hujung minggu lepas yang menyebabkan penyokong tertentu mencemuh, amat mengecewakan dan tidak dijangka,” kata Leeds.

Leeds turut mengakui mereka sepatutnya lebih proaktif dalam komunikasi sebelum aksi menentang Manchester City untuk menerangkan kepada penyokong bahawa perlawanan akan dihentikan seketika.

Mereka juga berkata mesej yang dipaparkan pada skrin besar di Elland Road tidak dapat dilihat oleh kira-kira 25 peratus penonton di stadium.

“Untuk penjelasan, Leeds United dengan tegas mengecam mana-mana penyokong tuan rumah atau pelawat yang secara aktif mencemuh pemain yang sedang berpuasa dan menggunakan protokol yang ada untuk berbuka,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN