Pentagon hantar kapal perang, askar tambahan ke Asia Barat

Pentagon hantar kapal perang, askar tambahan ke Asia Barat

GAMBAR fail menunjukkan sebuah EA-18G Growler, yang dipasang pada Skuadron Serangan Elektronik (VAQ) 13, ketika bersedia untuk dilancarkan di kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln bagi menyokong Operasi Epic Fury.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon sedang mempertimbangkan untuk menghantar kapal perang tambahan ke Asia Barat susulan Iran meningkatkan serangannya di Selat Hormuz.

Laporan Wall Street Journal (WSJ) yang memetik tiga pegawai Amerika Syarikat (AS) mendakwa, Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth meluluskan permintaan Komando Pusat AS untuk menghantar elemen kumpulan bersedia amfibia dan unit ekspedisi marin, biasanya terdiri daripada beberapa kapal perang serta 5,000 anggota marin.

Kapal USS Tripoli yang berpangkalan di Jepun berserta anggota marin kini dalam perjalanan ke Asia Barat, kata dua pegawai berkenaan.

Sebelum ini, Hegseth menafikan kebimbangan perang ke atas Iran akan menyebabkan penutupan Selat Hormuz untuk tempoh lama.

“Iran melakukan langkah terdesak di Selat Hormuz. Kami telah menanganinya dan anda tidak perlu bimbang,” kata Hegseth.

Sebelum ini, data mendedahkan AS kerugian kira-kira AS$3.84 bilion (RM15.12 bilion) aset pertahanan dalam tempoh dua minggu pertama kempen ketenteraannya ke atas Iran yang dinamakan sebagai ‘Operasi Epic Fury’.

Menurut anggaran dan data dikumpul agensi Anadolu, kerugian terbesar berpunca daripada komponen radar AN/TPY-2 milik sistem pertahanan peluru berpandu THAAD di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Arab Saudi yang rosak atau musnah, dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM7.8 bilion).

Walaupun tahap kerosakan tidak jelas, imej satelit yang dianalisis oleh pelbagai saluran mengesahkan empat radar AN/TPY-2 terkena serangan di lokasi-lokasi terbabit.

Selain itu, radar amaran awal AN/FPS-132 milik AS di Pangkalan Udara Al-Udeid, Qatar, bernilai AS$1.1 bilion (RM4.3 bilion), dilaporkan terkena peluru berpandu Iran ketika serangan balas bermula pada 28 Februari.

Pihak berkuasa Qatar mengesahkan radar itu mengalami kerosakan. Pegawai AS memaklumkan kepada CBS News, setakat ini 11 pesawat tanpa pemandu MQ-9 Reaper terhempas.

Washington turut menanggung kerugian tiga jet pejuang F-15E Strike Eagle, pesawat KC-135 Stratotanker, dua terminal komunikasi satelit di Bahrain dan tiga radom di Kem Arifjan di Kuwait, dengan jumlah keseluruhan bernilai AS$3.84 bilion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN