PETALING JAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengucapkan takziah atas pemergian mendiang Donysius Gebrial Goh, petugas daripada Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem). Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, mendiang yang merupakan Pembantu Khidmat Am H1 di Pejabat Topografi Wilayah Miri telah menunjukkan pengorbanan besar demi negara ketika melaksanakan tugasan rasmi penandaan dan pengukuran sempadan darat antarabangsa antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Katanya,…











