Man City lepas peluang 'tekan' Arsenal

Man City lepas peluang ‘tekan’ Arsenal

PERTAHANAN West Ham, Konstantinos Mavropanos (tengah) menanduk bola ke gawang Manchester City untuk gol penyamaan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London, awal pagi tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harapan Manchester City untuk terus menekan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal tidak kesampaikan apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang West Ham United di Stadium London, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan pasukan kendalian Pep Guardiola gagal meraih tiga mata penting sekali gus terus ketinggalan jauh dalam perebutan takhta liga musim ini.

Selepas keputusan tersebut, City kini berada sembilan mata di belakang pendahulu, Arsenal, yang sebelum itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Everton.

Bagaimanapun, juara bertahan itu masih mempunyai sedikit kelebihan kerana memiliki satu perlawanan dalam tangan yang boleh dimanfaatkan untuk merapatkan jurang mata.

Pada perlawanan tersebut, City terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-31 hasil jaringan Bernardo Silva yang bijak melakukan lambungan menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mads Hermansen.

Namun, kegembiraan pelawat tidak bertahan lama apabila West Ham berjaya menyamakan kedudukan hanya empat minit kemudian.

Gol penyamaan itu hadir menerusi tandukan kemas pertahanan Konstantinos Mavropanos selepas memanfaatkan sepakan sudut yang diambil Jarrod Bowen.

Memasuki babak kedua, City meningkatkan tekanan dengan beberapa siri serangan berbahaya dalam usaha memburu gol kemenangan.

Penyerang utama mereka, Erling Haaland, hampir mengembalikan kelebihan City tetapi percubaannya berjaya ditepis Hermansen sebelum satu lagi peluang yang dimilikinya tersasar dari sasaran.

Keputusan seri itu menyaksikan City kekal di tangga kedua dengan 61 mata selepas mengharungi 30 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN