MOSCOW: Konsulat Russia di bandar Isfahan, Iran, rosak akibat serangan awal minggu ini, menurut kenyataan jurucakap Kementerian Luar, Maria Zakharova.
Beliau menyifatkan serangan ke atas perwakilan diplomatik sebagai ‘pelanggaran terang-terangan’ terhadap konvensyen antarabangsa, dan menegaskan semua pihak tidak boleh mencabul premis diplomatik.
“Pada 8 Mac, di bandar Isfahan, Iran, akibat serangan ke atas pentadbiran gabenor wilayah yang sama nama berhampiran kawasan itu, konsulat Russia rosak.
“Tingkap di bangunan pejabat dan pangsapuri kediaman pecah, dan beberapa kakitangan tercampak akibat gelombang letupan. Namun tiada kematiaan atau kecederaan serius dilaporkan,” kata Zakharova dalam kenyataan di laman web Kementerian Luar Russia.
Kremlin dalam kenyataan berkata, Presiden Vladimir Putin membincangkan konflik tersebut dengan rakan sejawatnya dari Iran, Masoud Pezeshkian, pada Selasa.
Pemimpin Kremlin itu turut menggesa agar semua permusuhan dihentikan.- AGENSI










