Konflik AS, Israel-Iran: Tambak Johor sesak, Singapura perketat pemeriksaan

Konflik AS, Israel-Iran: Tambak Johor sesak, Singapura perketat pemeriksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pergerakan trafik memasuki Woodland, Singapura dilaporkan sesak susulan peningkatan pemeriksaan keselamatan yang dijalankan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) republik itu.

ICA dalam kenyataan berkata, pengembara perlu menjangka kelewatan dan dinasihatkan untuk memperuntukkan masa tambahan kerana pemeriksaan akan dibuat terhadap individu, kargo sertai kenderaan yang memasuki Singapura.

Katanya, tindakan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga susulan ketegangan yang berlaku melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.

Tindakan tersebut bagaimanapun tidak bermaksud terdapat apa-apa ancaman diterima negara berkenaan.

Salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, Mohd. Razlan Salleh, 32, berkata, dia sudah menjangka akan berlaku kesesakan teruk di Tambak Johor.

“Tambak Johor ini boleh dikatakan setiap hari sesak tetapi kita jangka memang akan jadi lebih sesak susulan berlakunya peperangan antara AS, Israel dan Iran.

“Cuma yang kami tidak faham adalah mengapa alasan itu digunakan, rakyat Malaysia yang masuk ke Singapura hanya ingin bekerja sahaja, bukan mahu membuat masalah,” katanya yang sudah bekerja di republik itu selama tiga tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN