KUALA LUMPUR: Pesakit bukan warganegara menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan kutipan hasil fi perubatan iaitu sebanyak RM275.88 juta daripada jumlah keseluruhan RM565.75 juta yang direkodkan sehingga Disember 2025. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah tersebut bersamaan 48.76 peratus daripada keseluruhan kutipan hasil fi perubatan yang dilaporkan bagi tempoh berkenaan. Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan tanpa batas kepada semua golongan termasuk pesakit bukan…










