Ketiadaan Chiesa tambah tekanan Itali

Ketiadaan Chiesa tambah tekanan Itali

FEDERICO Chiesa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Penyerang Liverpool, Federico Chiesa terpaksa digugurkan daripada skuad Itali menjelang aksi play-off kelayakan Piala Dunia 2026 selepas disahkan tidak cergas.

Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) memaklumkan pemain itu tidak berada dalam kondisi sesuai untuk dua perlawanan penting menentang Ireland Utara serta kemungkinan aksi seterusnya.

Ketiadaan Chiesa hadir pada saat kritikal ketika Itali berdepan tekanan besar untuk memastikan mereka tidak terlepas ke pusingan akhir buat kali ketiga berturut-turut.

Aksi menentang Ireland Utara di Bergamo menjadi penentu awal dalam misi hidup mati skuad Azzurri bagi mengelakkan satu lagi kegagalan memalukan di pentas dunia.

Chiesa yang pernah menjadi watak penting ketika menjulang kejuaraan Euro 2020 terus dibelenggu masalah kecederaan yang menjejaskan konsistensinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, pemain berusia 28 tahun itu juga tidak lagi beraksi bersama Itali sejak kempen mengecewakan mempertahankan kejuaraan Eropah pada 2024.

Sebagai pengganti, Itali memanggil pemain Bologna, Nicolo Cambiaghi bagi memperkuatkan jentera serangan.

Dalam masa sama, kebimbangan turut menyelubungi kem Itali apabila dua tonggak utama, Alessandro Bastoni dan Gianluca Scamacca masih bergelut untuk mencapai tahap kecergasan menjelang perlawanan penting tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN