Kemboja rancang tutup 2,000 stesen minyak

Kemboja rancang tutup 2,000 stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kemboja merancang untuk menutup sementara kira-kira 2,000 stesen minyak sebagai persediaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan bahan api berikutan peningkatan konflik di Asia Barat.

Menteri Perdagangan, Cham Nimol berkata, kementeriannya sedang membangunkan formula untuk menyesuaikan harga runcit bahan api, mengambil kira tekanan yang dialami pengendali stesen minyak.

Sesetengah pemilik mungkin memilih untuk menutup sementara stesen minyak dan menunggu peluang menjual bahan api pada harga lebih tinggi jika kos meningkat mendadak.

Katanya, kementerian turut menugaskan pakar untuk memantau situasi itu, dan menegaskan jika ada pihak menimbun bahan api serta tidak menjualnya, tindakan akan diambil, termasuk kemungkinan lesen perniagaan mereka dibatalkan.

Sekiranya stok habis, kerajaan berkata, ia akan bekerjasama dengan syarikat swasta untuk mengimport bekalan tambahan.

Kemboja menetapkan harga runcit bahan api pada 5,200 riel (RM5.11) seliter dan 6,050 riel (RM5.96) seliter untuk diesel dari 11 hingga 13 Mac, di bawah formula yang dipersetujui kerajaan, syarikat petroleum dan jawatankuasa harga.

Julai lalu, Kemboja menghentikan import minyak bertapis dari Thailand susulan pertikaian sempadan yang diarahkan oleh Perdana Menteri, Hun Manet, berkuat kuasa 22 Jun.

Bagaimanapun, langkah itu tidak menjejaskan syarikat minyak Thailand kerana mereka boleh mengalihkan kira-kira enam juta liter eksport harian ke pasaran Asia lain seperti Singapura, menurut Jabatan Perniagaan Tenaga.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN