Kejayaan JDT banggakan Malaysia - Cklamovski 

Kejayaan JDT banggakan Malaysia – Cklamovski 

Peter Cklamovski
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski berkongsi kegembiraan melihat kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) musim ini.

Pengendali dari Australia itu menyifatkan pencapaian tersebut sebagai kejayaan besar bukan sahaja buat JDT, malah turut memberi impak positif kepada perkembangan bola sepak negara.

Katanya, pasukan Harimau Selatan memang layak berada dalam kelompok lapan terbaik Asia selepas mempamerkan aksi yang konsisten dan meyakinkan sepanjang dua perlawanan pusingan 16.

“Keputusan yang epik buat JDT. Kemenangan yang selayaknya untuk mereka selepas dua perlawanan.

“Tahniah kepada semua. Keputusan yang bagus untuk bola sepak Malaysia,” katanya menerusi InstaStory.

Sebagai rekod, JDT mencipta sejarah dalam arena bola sepak tempatan apabila muncul kelab pertama dari Malaysia yang berjaya mara ke suku akhir saingan tertinggi kelab Asia itu.

Walaupun tewas 0-1 kepada Sanfrecce Hiroshima pada aksi timbal balik di Stadium Bolasepak Hiroshima, skuad kendalian Xisco Munoz tetap mara ke pusingan seterusnya hasil kemenangan agregat 3-2.

Kejayaan itu sekali gus mengesahkan kemaraan JDT bersama tiga lagi wakil Zon Timur iaitu Machida Zelvia, Vissel Kobe dan Buriram United.

Kesemua pasukan tersebut bakal berentap dengan wakil dari Zon Barat dalam perebutan slot ke peringkat suku akhir yang dijangka berlangsung dengan lebih sengit.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN