Kebakaran lereng bukit Puncak Jalil merebak dua hektar

Kebakaran lereng bukit Puncak Jalil merebak dua hektar

KEADAAN kebakaran lereng bukit yang merebak sehingga dua hektar di Bukit Jalil bersebelahan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses pemadaman kebakaran di lereng bukit di Puncak Jalil, dekat Seri Kembangan, masih giat dijalankan susulan api didapati merebak ke kawasan yang lebih luas berbanding ketika kejadian mula dikesan petang tadi.

Setakat jam 9 malam, kebakaran merebak menjadikan luas keseluruhan kawasan terbakar sehingga lebih dua hektar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kerja pemadaman dilakukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyamat (BBP) Seri Kembangan, BBP Cyberjaya, BBP Puchong, BBP Subang Jaya dan BBP Penchala dengan keseluruhan enam jentera dan tiga ambulans.

Berdasarkan laporan komander operasi petang tadi, kebakaran berkenaan berlaku di kawasan hutan lereng bukit seluas 1.2 hektar.

“Kebakaran itu tidak melibatkan mangsa atau sebarang struktur kediaman atau premis perniagaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Jelasnya, pihak bomba yang menerima panggilan pukul 4.12 petang mengenai kebakaran di kawasan hutan lereng bukit dengan anggaran keluasan kira-kira 0.3 hektar.

Jelasnya, berdasarkan maklumat diterima pegawai bertugas di lokasi, keluasan kawasan terbakar iaitu 500 meter × 300 meter dan dibahagikan kepada enam sektor tugas pemadaman.

“Jarak keluasan tempat kejadian dengan kawasan kediaman berhampiran adalah sejauh 150 meter namun ia dihalangi longkang besar.

“Pada masa ini kita sedang melaksanakan proses fire break iaitu menghalang api merebak ke kawasan kediaman berkenaan,” katanya.

Kebakaran itu dapat dilihat dengan lebih jelas oleh pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), disebabkan ia berlaku bersebelahan lebuh raya berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN