Jojo terkandas di Makkah

Jojo terkandas di Makkah

JOHAN Ghazali bergambar berlatar belakangkan bandar Makkah. - Instagram Johan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar dilaporkan masih terkandas di Makkah, Arab Saudi bersama keluarganya susulan gangguan jadual penerbangan pulang ke tanah air.

Johan atau dikenali Jojo bersama keluarganya dan rakyat Malaysia lain sepatutnya pulang ke tanah air namun penerbangan mereka terjejas berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang melancarkan serangan terhadap Iran.

Menerusi perkongsian Jojo di Instastory miliknya, dia kelihatan tenang menghadapi situasi tersebut.

Berdasarkan ruangan komen, netizen mendoakan agar perjalanan pulang Jojo sekeluarga ke Malaysia selamat.

Beberapa syarikat penerbangan dunia turut mengambil keputusan untuk menghentikan seketika operasi mereka bagi mengelak sesuatu kejadian tidak diingini berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN