Itu berita karut - Klopp

Itu berita karut – Klopp

Jurgen Klopp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menafikan sekeras-kerasnya spekulasi yang mengaitkan beliau dengan jawatan pengurus Real Madrid, sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai karut sepenuhnya.

Klopp berkata, dakwaan yang tersebar luas itu tidak berasas dan disifatkan sebagai rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya lagi, dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan kelab Sepanyol tersebut namun begitu, Klopp turut mendedahkan bahawa kerjaya kejurulatihannya mungkin belum berakhir lagi.

“Jika Real Madrid benar-benar telah menghubungi, kita pasti sudah mengetahuinya sekarang.

“Tetapi semua itu karut. Mereka tidak pernah menghubungi, walaupun sekali. Ejen saya ada di sana, anda boleh tanya dia. Mereka juga tidak menghubunginya.

“Buat masa ini saya tidak memikirkan perkara itu dan nasib baik memang tiada sebab untuk berbuat demikian.

“Untuk usia saya, kehidupan saya sudah agak jauh ke hadapan, tetapi sebagai jurulatih saya belum benar-benar selesai. Saya belum mencapai usia persaraan.

“Siapa tahu apa yang akan berlaku dalam beberapa tahun akan datang? Tetapi buat masa ini tiada apa yang dirancang,” kata Klopp.

Jurgen Klopp meninggalkan Anfield pada penghujung musim 2023-24 dan belum kembali melatih sejak itu, sebaliknya mengambil peranan sebagai ketua bola sepak global bersama Red Bull. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN