Israel makin agresif bedil Teheran

Israel makin agresif bedil Teheran

iran
KEPULAN asap menjulang akibat serangan Israel di Teheran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel mendakwa melancarkan serangan ‘berskala luas’ ke atas beberapa sasaran di Teheran hari ini, ketika penyiar negara Iran melaporkan satu letupan berlaku di bahagian barat bandar itu.

Tentera Israel dalam satu kenyataan mendakwa, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memulakan gelombang serangan besar-besaran yang menyasarkan kemudahan kerajaan di ibu negara Iran.

IDF sebelum itu turut memaklumkan pihaknya mengesan satu lagi pelancaran peluru berpandu Iran yang menuju ke Israel.

Beberapa letupan dilaporkan kedengaran di hab komersial Israel, Tel Aviv, susulan pelancaran peluru berpandu berkenaan.

Perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom, berkata setakat ini tiada laporan kecederaan diterima selepas serangan tersebut.

Tentera Israel dalam satu kenyataan kemudian memaklumkan orang ramai kini dibenarkan keluar dari tempat perlindungan di semua kawasan negara itu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN