BEIRUT: Serangan udara Israel ke atas sebuah pusat kesihatan utama di selatan Lubnan mengorbankan sekurang-kurangnya 12 petugas perubatan, ketika perang antara rejim dengan kumpulan Hizbullan berlanjutan.
Kementerian Kesihatan Lubnan dalam kenyataan berkata, pihaknya kesal dengan pembunuhan petugas kesihatan du Burj Qalawiya yang maut dalam serangan udara Israel ke atas pusat kesihatan utama bandar itu.
“12 doktor, jururawat dan paramedik yang bertugas di pusat itu terkorban, manakala seorang petugas kesihatan cedera, ketika operasi menyelamat masih dijalankan,” katanya.
Kenyataan itu berkata, serangan berkenaan merupakan serangan kedua terhadap sektor kesihatan dalam tempoh beberapa jam, selepas insiden sama ke atas Sawaneh yang meragut nyawa dua paramedik dikaitkan dengan Hizbullah dan sekutunya, Amal.- AFP










