Iran serang pangkalan tentera AS-UK di Lautan Hindi

Iran serang pangkalan tentera AS-UK di Lautan Hindi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Iran dilaporkan menyerang pangkalan tentera gabungan Amerika Syarikat (AS)-United Kingdom (UK) di Diego Garcia di Lautan Hindi menerusi pelancaran dua peluru berpandu balistik.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), tiada satu peluru berpandu itu mengenai sasaran yang terletak kira-kira 4,000 kilometer (km) dari wilayah Iran, namun pelancaran tersebut menunjukkan Teheran memiliki peluru berpandu jarak lebih jauh daripada yang disangka.

Pentagon enggan mengulas perkara berkenaan.

Satu daripada peluru berpandu itu dilaporkan gagal ketika penerbangan, manakala satu lagi disasarkan oleh peluru pemintas yang dilancarkan dari kapal perang AS, namun tidak jelas sama ada ia berjaya dipintas.

Diego Garcia di Kepulauan Chagos merupakan satu daripada dua pangkalan yang dibenarkan Britain untuk digunakan oleh AS bagi operasi ‘pertahanan’ terhadap Iran.

Tentera AS menempatkan pesawat pengebom dan peralatan lain di pangkalan itu, yang menjadi hab penting bagi operasi di Asia termasuk kempen pengeboman AS di Afghanistan dan Iraq.

Britain bersetuju untuk memulangkan Kepulauan Chagos kepada Mauritius selepas menguasainya sejak 1960-an, namun masih mengekalkan pajakan bagi pangkalan di Diego Garcia, pulau terbesar dalam gugusan tersebut.

Presiden AS, Donald Trump, dilaporkan mengkritik keputusan itu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN