Herry kecewa Hon Jian-Haikal tarik diri Terbuka Switzerland

Herry kecewa Hon Jian-Haikal tarik diri Terbuka Switzerland

CHOONG Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi meluahkan rasa kesal selepas pasangan muda, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menarik diri daripada kejohanan badminton Terbuka Switzerland yang sedang berlangsung minggu ini.

Menurut Herry, keputusan menarik diri itu bukan datang daripadanya sebaliknya dibuat sendiri oleh pemain, khususnya Haikal yang mengalami kecederaan.

Beliau menjelaskan ketika keputusan itu dibuat, fokusnya lebih tertumpu kepada persiapan pemain lain serta kejohanan All England yang sedang berlangsung, minggu lalu.

“Penarikan diri itu bukan dari saya, kamu mesti tanya pemainnya kerana Haikal yang mahu tarik diri dan dia tidak mahu main Terbuka Swizterland.

“Saya berkata kamu (Haikal) kata kepada pihak pengurusa sebab waktu itu saya banyak fokus perkara lain dan tak terlalu fokus kepada hal itu,” kata Herry kepada pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Herry turut memaklumkan Haikal ada menyatakan mengalami kecederaan, namun beliau sendiri tidak melihat tanda kecederaan yang jelas seperti yang dimaklumkan.

Katanya, sebagai jurulatih beliau hanya mampu memberi panduan dan bantuan tetapi keputusan akhir tetap bergantung kepada pemain.

“Dia memaklumkan cederan tetapi saya lihat tiada nampak kecederaan, jadi saya tidak pasti di mana masalahnya.

“Kalau pemain tidak mahu (bermain), bagaimana kita sebagai jurulatih. Kami hanya boleh bantu tetapi kemahuan itu mesti datang dari pemain sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Haikal mengalami kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan pada penghujung tahun 2024 sekali gus menyaksikan beliau terlepas separuh musim pertama pada tahun lalu.

Untuk rekod, Hon Jian-Haikal sedang bergelut musim ini selepas tersingkir di pusingan pertama dalam lima kejohanan termasuk All England, Terbuka Malaysia, Terbuka India, Indonesia Masters dan Terbuka Jerman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN