Hamilton puji jentera baharu F1

Hamilton puji jentera baharu F1

Lewis Hamilton menguji jentera Ferrari SF-26 di litar Fiorano, Modenese, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton mengakui dia secara peribadi menyukai pengalaman memandu jentera Formula Satu (F1) spesifikasi 2026 ketika perlumbaan pembukaan musim di Grand Prix (GP) Australia, Ahad lalu.

Peraturan baharu F1 untuk musim 2026 telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pemandu dengan beberapa nama besar sepanjang hujung minggu di Melbourne mengkritik kereta tersebut.

Pelumba Ferrari, Hamilton sebelum ini menyatakan keraguan tentang peraturan 2026 malah selepas sesi kelayakan dia mengakui masih belum benar-benar memahaminya namun begitu, reaksinya selepas perlumbaan agak berbeza berbanding pemandu lain.

“Saya secara peribadi sangat menyukainya. Perlumbaan itu sangat menyeronokkan untuk dipandu dan keretanya juga terasa bagus.

“Saya melihat beberapa kereta di hadapan dan ada pertarungan yang menarik antara pemandu. Setakat ini, semuanya berjalan dengan baik,” katanya.

Ketika diminta mengulas kritikan yang disuarakan pelumba Red Bull, Max Verstappen dan Lando Norris (McLaren), Hamilton berkata pengalaman setiap pemandu mungkin berbeza bergantung kepada kedudukan mereka di dalam perlumbaan.

“Saya tidak tahu, anda perlu tanya mereka. Bagi saya ia sesuatu yang hebat.

“Mungkin bagi mereka yang berada lebih ke hadapan dengan banyak kereta di hadapan, pengalaman itu berbeza tetapi dari kedudukan saya, ia sangat menyeronokkan,” katanya lagi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN