Griezmann hampir ke MLS, Orlando City jadi destinasi baharu

Griezmann hampir ke MLS, Orlando City jadi destinasi baharu

Antoine Griezmann. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Penyerang Perancis, Antoine Griezmann semakin hampir membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila diberi kebenaran untuk mengadakan rundingan bersama kelab Orlando City.

Pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan mendapat lampu hijau daripada Atletico Madrid untuk ke Amerika Syarikat (AS) ketika rehat antarabangsa bagi membincangkan masa depannya.

Sekiranya persetujuan dicapai, Griezmann dijangka menyertai saingan Major League Soccer (MLS) selepas menamatkan kempen musim ini bersama Atletico.

Perpindahan ke MLS bukan sesuatu yang baharu diperkatakan memandangkan bekas juara dunia itu diketahui meminati suasana sukan di AS termasuk NBA dan NFL.

“Griezmann telah diberi kebenaran oleh kelabnya untuk ke Orlando bagi memajukan rundingan berkaitan masa depannya.

“Perbincangan ini akan menentukan hala tuju seterusnya dan kemungkinan perpindahan pada musim panas nanti,” kata sumber terdekat pemain itu.

Walaupun bukan lagi pilihan utama, Griezmann masih berbisa apabila meledak 13 gol musim ini selain kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Atletico dengan 211 jaringan.

Jika perpindahan itu menjadi kenyataan, ia bakal menandakan fasa baharu buat Griezmann selain memberi suntikan besar kepada Orlando yang kini bergelut dalam saingan liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN