Djokovic atur pertemuan dengan Draper

Djokovic atur pertemuan dengan Draper

Novak Djokovic ketika beraksi di Terbuka Indian Wells di California, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Novak Djokovic bangkit daripada kekalahan set kedua sebelum menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Aleksandar Kovacevic 6-4, 1-6, 6-4 bagi melangkah ke pusingan 16 terbaik kejohanan Terbuka Indian Wells buat kali pertama sejak 2017.

Kemenangan itu turut menyaksikan juara Grand Slam 24 kali dari Serbia tersebut bakal berdepan juara bertahan dari Britain, Jack Draper yang menyingkirkan pilihan ke-19 dari Argentina, Francisco Cerundolo 6-1, 7-5.

Djokovic mengakui perlawanan tersebut bukan mudah selepas Kovacevic mempamerkan permainan bertenaga terutama ketika memenangi set kedua dengan cukup dominan.

“Dia beraksi dengan sangat baik dan kami juga saling mengenali kerana latar belakang keluarganya yang mempunyai kaitan dengan Serbia.

“Jika dia melakukan servis dengan baik dan memilih sudut pukulan yang tepat, memang sukar untuk mematahkan servisnya dan itulah yang berlaku dalam perlawanan ini,” kata Djokovic.

Dalam kejutan lain, pemain muda Amerika Syarikat (AS), Alex Michelsen menyingkirkan pilihan ketujuh, Taylor Fritz 6-4, 7-6(6), manakala pemain Britain, Cameron Norrie menewaskan pilihan keenam dari Australia, Alex de Minaur 6-4, 6-4.

Sementara itu, pemain kelayakan Australia, Rinky Hijikata turut mencuri perhatian apabila bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menundukkan pilihan ke-10 dari Kazakhstan, Alexander Bublik 6-7(3), 7-6(3), 6-3.

Dalam saingan wanita pula, pemain Republik Czech, Katerina Siniakova mencipta kejutan terbesar hari ini selepas menyingkirkan juara bertahan dari Rusia, Mirra Andreeva 4-6, 7-6(5), 6-3.

“Saya langsung tidak berdepan tekanan kerana semua harapan terletak kepadanya dan saya hanya cuba berjuang bagi setiap mata serta menukar rentak permainan,” kata Siniakova. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN