Arsenal terus kukuhkan peluang julang kejuaraan EPL

Arsenal terus kukuhkan peluang julang kejuaraan EPL

MAX Dowman meraikan jaringan kedua buat Arsenal pada aksi berdepan Everton di Stadium Emirates, awal pagi tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Everton di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Lebih manis kemenangan itu turut mencipta sejarah buat pemain remaja The Gunners, Max Dowman apabila muncul penjaring termuda dalam EPL.

Pemain berusia 16 tahun itu memastikan kemenangan penting buat Arsenal apabila meledak gol kedua pada penghujung perlawanan sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukannya dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Arsenal terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-89 menerusi pemain gantian Viktor Gyokeres yang menyudahkan hantaran lintang Dowman selepas kedua-dua pemain dimasukkan dari bangku simpanan.

Dowman kemudian melengkapkan kemenangan mutlak buat tuan rumah apabila mencipta jaringan bersejarah pada masa kecederaan.

Ketika penjaga gol Everton, Jordan Pickford naik membantu serangan untuk sepakan sudut terakhir pelawat, bola yang berjaya dipatahkan Arsenal jatuh kepada Dowman.

Pemain muda itu berlari lebih separuh padang sebelum mudah menolak bola ke gawang kosong, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh penyokong tuan rumah.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal berjaya mengutip tiga mata berharga dalam usaha memburu kejuaraan liga pertama sejak 2004.

Arsenal kini mengumpul 70 mata daripada 31 perlawanan, sekali gus berada sembilan mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN