Arif-Roy King optimis ke separuh akhir BAC 2026

Arif-Roy King optimis ke separuh akhir BAC 2026

ARIF-Roy King dijadual berdepan pasangan kembar Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China bermula 7 hingga 12 April ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King optimis mampu melangkah ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China bermula 7 hingga 12 April ini.

Gandingan ranking ke-16 dunia itu menjadikan pentas empat terbaik sebagai sasaran realistik berdasarkan peningkatan prestasi semasa mereka.

Namun, laluan awal bukan mudah apabila mereka dijadual berdepan pasangan kembar Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen pada pusingan pertama.

Sekiranya melepasi halangan tersebut, cabaran lebih getir menanti apabila mereka berpotensi berdepan pilihan kelima dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

“Saya rasa lebih segar sekarang untuk saingan BAC nanti dan kita ada masa lebih kurang seminggu lagi, jadi saya harap kami boleh mengelakkan sebarang kecederaan kerana itu perkara paling penting.

“Kita akan cuba mara ke separuh akhir dan kalau tidak, sekurang-kurangnya suku akhir, tetapi fokus kami adalah satu demi satu perlawanan,” kata Arif.

Pertemuan menentang pasangan Taiwan itu turut membawa misi peribadi selepas mereka tewas pada pusingan kedua Terbuka Jerman bulan lalu.

“Kita kalah kepada pasangan kembar itu sebelum ini, jadi saya harap dapat balas dendam dan jika menang, pusingan seterusnya juga sukar jika bertemu Fajar-Shohibul

“Kalau boleh, memang mahu cipta kejutan ke atas mereka kerana itu boleh membantu kami mendapatkan semula keyakinan yang sebelum ini turun naik,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN