PETALING JAYA: Kebakaran terbuka menunjukkan peningkatan ketara sejak pertengahan Mac dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 12,222 kes di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 25 Mac lalu. JBPM dalam satu kenyataan berkata, trend kebakaran terbuka menunjukkan peningkatan konsisten dan semakin ketara sejak pertengahan Mac apabila bilangan kes meningkat secara berperingkat daripada 180 kepada 213 kes pada 19 Mac lalu. Katanya, kes melonjak secara mendadak kepada…











