JOHOR BAHRU: Satu jawatankuasa akan diwujudkan untuk menyiasat kematian anggota tentera ketika mengikuti kursus kru Armor Kelas 1 di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang, kelmarin. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tiada sebarang unsur penderaan atau salah laku yang boleh dikaitkan dengan kematian Truper, K. Indiran, 22 berdasarkan hasil bedah siasat. Katanya, beliau justeru itu mengesa semua pihak agar tidak mempolitikkan insiden kematian anggota tentera berkenaan. “Kita akan…







