KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025 dengan suara majoriti selepas dibahaskan oleh 11 Ahli Parlimen. RUU berkenaan antara lain bertujuan menyokong usaha meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perjanjian penyelesaian yang terhasil daripada pengantaraan atau dikenali sebagai Konvensyen Singapura yang ditandatangani Malaysia pada 2019. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata,…










