JERANTUT: Seorang peneroka Felda Sungai Retang di sini, kerugian lebih RM400,000 apabila rumah diduduki bersama ahli keluarganya hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran selain enam kenderaan rosak dalam kejadian tersebut, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.09 pagi itu, rumah separuh kayu dan separuh batu berkenaan terbakar hampir 100 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pemilik rumah, Mohd. Fauzi Ismail, 58, berkata, ketika kejadian dia bersama isterinya berada di Seremban, Negeri Sembilan…









