PETALING JAYA: Himpunan Anti Rumah Anutan Haram berhampiran kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur akan diteruskan seperti biasa pada malam ini.
Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth berkata, himpunan tersebut tetap berlangsung seperti dirancang pada pukul 8 malam di lokasi berkenaan.
Katanya, perhimpunan itu tiada kaitan dengan perkauman ataupun sensitiviti agama.
“Oleh hal yang demikian jangan kaitkan kami dengan perkara yang tidak berkaitan. Pukul 8 malam di pekarangan Sogo KL,” katanya dalam Facebook.
Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis tidak membenarkan penganjuran perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu mengambil kira pertimbangan dan risikan keselamatan yang menjangkakan perhimpunan berkenaan boleh menyebabkan kemudaratan kepada awam. – UTUSAN










