KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini berada di peringkat akhir memuktamadkan penetapan dasar bagi penggubalan perundangan e-dagang baharu sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kerangka perundangan itu disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen pada mesyuarat akan datang. Katanya, Akta Perdagangan Elektronik 2006 [Akta 658] yang diguna pakai ketika ini…










