ALOR GAJAH: Lima sekeluarga yang juga penternak lembu mengalami kerugian kira-kira RM130,000 selepas disamun lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu di rumah mereka di Batu 11, Kampung Air Resam di sini, Jumaat lalu. Ketika kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 50 tahun diserang di belakang rumah semasa membungkus susu segar yang ditempah pelanggan. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, suspek dipercayai lelaki tempatan…








