Ibu empat anak didenda RM2,500 selepas bersalah terlibat persundalan

Ibu empat anak didenda RM2,500 selepas bersalah terlibat persundalan

TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku terlibat aktiviti persundalan. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ibu empat anak didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan aktiviti persundalan di sebuah hotel di bandar ini, minggu lalu.

Tertuduh, Azwana Sulaiman, 46, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mencari langganan bagi tujuan persundalan di Bilik No. 1004, The Shore Hotel & Residences, Jalan Persisiran Bunga Raya, dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 8.05 malam pada 12 Februari 2026.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shauki Mardia Baharudin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Tertuduh yang diwakili peguam Nigel Tai merayu agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan ibu kepada empat anak itu hanya bekerja sebagai pelayan restoran.

Selain itu, anak guamnya juga perlu menyara dua anak yang masih belajar masing-masing di kolej dan sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh didenda RM2,500 atau empat bulan penjara jika gagal bayar.

Tertuduh kemudian membayar denda tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN