Himpunan Tangkap Azam Baki: 'Itu hak masing-masing, ini bukan kali pertama'

Himpunan Tangkap Azam Baki: ‘Itu hak masing-masing, ini bukan kali pertama’

AZAM Baki ketika menandatangani plak simbolik perasmian Kampung Angkat MADANI di Kampung Sungai Buah, di sini hari ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyifatkan himpunan dan demontrasi terhadapnya dirinya bukan benda baharu.

Menurutnya, beliau tidak mahu komen lanjut mengenai himpunan itu kerana ia hak masing-masing.

“Terpulanglah, saya boleh jadi popular kalau macam tu. Saya tak nak komen. Demonstrasi dah banyak kali dah terhadap saya ni. Ia bukan kali pertama.

“Terpulang kepada mereka untuk berhimpun dan pergi demonstrasi. Bukan hal saya pun,” katanya

Katanya, sesiapa pun ada hak untuk berhimpun dan mereka ada hak untuk bersuara begitu juga beliau.

Difahamkan, satu himpunan dikenali Himpunan #TangkapAzamBaki akan berlangsung di sekitar pasaraya Sogo, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4 petang ini.

Himpunan itu bertujuan menzahirkan tuntutan reaksi rakyat kepada pendedahan-pendedahan mengenai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di SPRM, terutamanya tuduhan-tuduhan terhadap Azam.

Kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion yang dikaitkan dengan bekas menteri kanan akan dibuka selepas pegawai penyiasat meneliti maklumat dan dokumen yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ditanya perkembangan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan bernilai RM1.11 bilion membabitkan bekas menteri kanan, Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya serahkan kepada timbalan saya (Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya) untuk ulas lanjut.

“Saya tiada maklumat baharu mengenai perkembangan kes itu sama ada kertas siasatan telah dibuka, siapa nak dipanggil dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN