PETALING JAYA: Penduduk Gaza berdepan ancaman kemanusiaan yang semakin kritikal apabila wabak penyakit mula merebak dalam keadaan sekatan berterusan, musim sejuk yang ekstrem serta kekurangan bekalan makanan dan perubatan menjelang Ramadan. Ketua Program Pejabat Gaza Cinta Gaza Malaysia (CGM), Alaa Mansour memberi amaran penularan penyakit berjangkit, termasuk meningitis, sudah mula meragut nyawa kanak-kanak susulan keadaan hidup yang tidak berperikemanusiaan, kepadatan penempatan pelarian dan tahap kebersihan yang sangat terhad. Menurutnya, sekatan…










