Dendam, tindakan balas penguatkuasaan mungkin punca Komander AKPS ditembak-KDN

Dendam, tindakan balas penguatkuasaan mungkin punca Komander AKPS ditembak-KDN

SAIFUDDIN Nasution Ismail (kiri) menyampaikan Mykad dan sijil kelahiran kepada sembilan sekeluarga menerusi Program Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kampung Kampung Simpol Belubang, Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan dendam atau tindak balas terhadap penguatkuasaan lebih ketat di sempadan Malaysia-Thailand menjadi punca
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Kedah ditembak pada Rabu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan masih berjalan dan pihak berkuasa sedang meneliti semua kebarangkalian sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

“Setakat ini siasatan masih berlangsung. Apa yang berlaku kita akan teliti secara menyeluruh, termasuk setiap tangkapan baharu yang dibuat.

“Hala tuju siasatan sedang kita perincikan termasuk meneliti beberapa teori termasuk kemungkinan kegiatan penyeludupan migran, penyeludupan individu, atau pergerakan rentas sempadan secara tidak sah” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Mykad dan sijil kelahiran kepada sembilan sekeluarga menerusi Program Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kampung Kampung Simpol Belubang di sini hari ini.

Saifuddin Nasution memberitahu,
beliau sudah mengadakan lawatan ke Bukit Kayu Hitam dan mendapat taklimat penuh daripada Ketua Polis Kedah, Datuk Azli Abu Shah berhubung perkembangan terkini kes berkenaan.

Katanya, beliau mahu melihat sama ada motif dendam itu berpunca daripada langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dibuat di sempadan negara.

Saifuddin Nasution berkata, insiden melepaskan tembakan itu merupakan antara risiko yang terpaksa dihadapi oleh anggota penguatkuasa.

“Macam Datuk Yusuf Mamat, Ketua Polis Kelantan, beliau tutup semua pengkalan haram segala macam kena ugut,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, dua lagi lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan insiden tembakan terhadap Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir.

Saifuddin Nasution berkata, suspek berusia 51 dan 58 tahun itu diberkas di sekitar Bukit Kayu Hitam, malam tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN