Arif-Roy King mara, Hon Jian-Haikal tersingkir

Arif-Roy King mara, Hon Jian-Haikal tersingkir

Aksi pasangan beregu lelaki negara, Arif Junaidi dan Yap Roy King.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nasib berbeza menimpa dua beregu negara dengan Arif Junaidi-Yap Roy King meneruskan kemaraan ke pusingan kedua, manakala, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri terkandas di peringkat 32 terbaik pada Kejohanan Badminton Terbuka Jerman, awal pagi tadi.

Arif-Roy King yang merupakan beregu No. 18 dunia tidak menghadapi masalah untuk menyingkirkan pasangan England, Oliver Butler-Samuel Jones 21-14, 21-12 dalam masa 30 minit.

Kemenangan yang dilakar Arif-Roy King ke atas beregu ke-77 dunia tersebut adalah kejayaan pertama mereka yang sekali gus meletakkan beregu No. 4 Malaysia itu kini mendahului rekod pertemuan 1-0.

Pada peringkat 16 terbaik, esok, Arif-Roy King akan menghitung pertemuan dengan beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen yang menghuni ranking No. 23 dunia.

Tiada rekod pertemuan yang tercatat antara kedua-dua beregu sebelum ini dan Terbuka Jerman bakal menjadi pentas pertama menemukan Arif-Roy King serta Fang Chih-Fang Jen.

Sementara itu, tuah kurang menyebelahi Hon Jian-Haikal yang terpaksa berdepan beregu No. 3 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China seawal pusingan pertama.

Beregu ke-31 dunia itu yang sering dilanda kecederaan sehingga menjadi punca kemerosotan prestasi mereka tewas kepada pilihan kedua tersebut 14-21, 21-18, 18-21 dalam masa 47 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Hon Jian-Haikal kini semakin keciciran di belakang Wei Keng-Wang Chang dengan rekod pertemuan menjadi 0-2.

Sebelum ini, Hon Jian-Haikal pernah tumpas di tangan Wei Keng-Wang Chang 19-21, 21-18, 15-21 di peringkat 32 terbaik pada Terbuka Denmark, tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN