AFC denda FAM

AFC denda FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikenakan denda AS$1,250 (RM4,900) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas didapati lewat menghantar permohonan kelulusan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2, tahun lalu.

Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Tatatertib AFC menerusi kenyataan rasmi, kelmarin, susulan kesalahan prosedur membabitkan aksi persahabatan antara Negeri Sembilan FC dan Timor Leste pada 9 November lalu.

Perlawanan tersebut menjadi medan persiapan buat Timor Leste sebelum turun menghadapi Tajikistan dalam saingan kelayakan Piala Asia 2027.

Dalam aksi itu, Negeri Sembilan yang ketika itu dibimbing Nidzam Jamil berjaya mencatat kemenangan 2-1, dengan dua gol dijaringkan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Menurut AFC, setiap perlawanan antarabangsa, termasuk kategori Tier 2, wajib mendapat kelulusan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan semua peraturan dan garis panduan pertandingan dipatuhi sepenuhnya.

Walaupun kesalahan itu bersifat teknikal, badan induk bola sepak Asia berkenaan tetap mengenakan hukuman sebagai peringatan kepada semua ahli gabungan supaya lebih teliti dalam urusan pentadbiran.

FAM bukan satu-satunya persatuan yang dikenakan tindakan kerana turut menerima denda atas kesalahan sama ialah Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF), Persatuan Bolasepak Uzbekistan (UFA) dan Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA).

Perkembangan itu sekali lagi mengingatkan bahawa aspek pentadbiran dan pematuhan prosedur sama pentingnya dengan prestasi di atas padang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN