BALIK PULAU: Kira-kira 8.1 juta rakyat telah menebus program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua dengan jumlah perbelanjaan mencecah hampir RM780 juta, setakat Jumaat lalu. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penerimaan terhadap SARA untuk semua peringkat rakyat adalah amat baik dan menunjukkan keperluan rakyat terhadap bantuan bersasar yang disediakan kerajaan di Malaysia. “Saya tengok data sepanjang akhir hari Jumaat hari, penerimaan terhadap SARA adalah amat baik.…










