BENTONG: Usaha Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan Program Tahfiz Mahir untuk belia mengikuti latihan kemahiran jangka pendek bagi membolehkan mereka memasuki industri dan mempunyai kerjaya profesional. Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, mereka perlu mengikut latihan selama tiga bulan termasuk latihan industri dengan jaminan pekerjaan selepas tamat. “Kita mahu pelajar lepasan tahfiz bukan sahaja kuat dari segi hafazan dan akhlaknya sahaja tetapi mampu berdiri sendiri, berkerjaya dan menyumbang…







