Sze Fei-Izzuddin jumpa beregu muda Korea Selatan di suku akhir

Sze Fei-Izzuddin jumpa beregu muda Korea Selatan di suku akhir

PADA suku akhir, esok, bekas beregu No. 1 dunia itu akan menghitung pertemuan dengan Cho Song Hyun-Lee Jongmin dari Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 9 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mengesahkan slot suku akhir menjadi milik mereka selepas menewaskan Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Pasangan No. 3 Malaysia itu mengambil masa selama 53 minit untuk menyingkirkan gandingan ke-21 dunia tersebut 17-21, 21-14, 21-16.

Kejayaan tersebut menyaksikan Sze Fei-Izzuddin mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Kuang Heng-Po Han yang kini semakin melebar kepada 4-0.

Pada suku akhir, esok, bekas beregu No. 1 dunia itu akan menghitung pertemuan dengan Cho Song Hyun-Lee Jongmin dari Korea Selatan.

Sze Fei-Izzuddin belum pernah bertemu dengan beregu muda Korea Selatan itu yang baru sahaja digandingkan tahun ini.

Indonesia Masters merupakan kejohanan sulung Song Hyun-Jong Min dan Sze Fei-Izzuddin perlu berhati-hati dengan beregu tersebut memandangkan mereka mampu mengejutkan pasangan No. 14 dunia Ben Lane-Sean Vendy dari England.

Pada pusingan kedua, hari ini, Song Hyun-Jong Min berhasil mengejutkan Lane-Vendy 21-16, 21-15 dalam masa 33 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN