REMBAU: “Saya memang sudah rasa tidak sedap hati, seolah-olah mak mahu meninggalkan saya.” Itu luahan anak sulung kepada Nur Syakilla Agnes Abdullah, 40, yang maut dalam kemalangan motosikal di Kilometer 10 arah selatan Lebuhraya Seremban-Port Dickson, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam, mangsa dan anak perempuannya, Nur Aufa Umairah Abdullah, 14, maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Anak…










