Salah kembali berlatih di Liverpool

Salah kembali berlatih di Liverpool

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah kelihatan tersenyum ketika menyertai sesi latihan pasukan di pusat latihan kelab di Kirkby, Liverpool, pada 20 Januari 2026, menjelang perlawanan fasa liga Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Olympique Marseille di Perancis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Mohamed Salah kembali menyertai sesi latihan Liverpool semalam selepas tamat tugasan bersama Mesir di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) ketika The Reds membuat persiapan menghadapi Marseille dalam aksi Liga Juara-Juara di Perancis.

Penyerang berusia 33 tahun itu kelihatan ceria menjalani latihan penuh bersama rakan sepasukan di pusat latihan kelab, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai hubungannya dengan pengurusan pasukan.

“Walaupun saya mempunyai 15 penyerang, saya tetap gembira jika Salah kembali bersama pasukan, tetapi itu bukan situasi sebenar kami sekarang.

“Saya tidak akan mendedahkan perbualan kami, namun apa yang penting ialah kami sudah bergerak ke hadapan dan fokus kepada perlawanan seterusnya”, kata pengurus Liverpool, Arne Slot.

Kepulangan Salah menjadi tumpuan selepas pemain itu sebelum ini mengkritik kelab secara terbuka, termasuk mendakwa diketepikan dan tidak mempunyai hubungan baik dengan Slot.

Liverpool kemudiannya mengesahkan nama Salah tersenarai dalam skuad 20 pemain yang berlepas ke Perancis bagi menentang Marseille awal pagi Khamis.

The Reds ketika ini berada di tangga kesembilan fasa liga Liga Juara-Juara dengan lapan pasukan teratas layak automatik ke pusingan 16 terakhir.

Salah kekal sebagai penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah Liverpool dengan 250 gol dalam 421 penampilan, meskipun prestasinya musim ini agak merudum dengan hanya lima gol dalam semua kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN