Rakyat Malaysia di Iran selamat

Rakyat Malaysia di Iran selamat

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berada dalam keadaan selamat.

Kementerian Luar juga menasihatkan orang ramai agar menangguhkan sementara lawatan yang tidak penting ke Irang, susulan pergolakan melanda negara itu.

Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang memantau situasi di Iran, susulan demonstrasi yang semakin merebak ke seluruh negara.

“Pihak kedutaan sedang giat menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar bagi memastikan kesejahteraan mereka serta menyampaikan maklumat terkini yang diperlukan.

“Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya hari ini.

Tekanan terhadap kepemimpinan ulama Iran semakin memuncak selepas protes yang berlarutan hampir dua minggu akibat kegawatan ekonomi bertukar ganas dengan angka korban dilaporkan terus meningkat

Menurut laporan pertubuhan bukan kerajaan, Iran Human Rights yang berpangkalan di Norway, sekurang-kurangnya 45 penunjuk perasaan, termasuk lapan kanak-kanak terbunuh sejak demonstrasi bermula sementara ratusan lagi dilaporkan cedera dan lebih 2,000 orang ditahan.

Katanya, rakyat Malaysia juga digalakkan mendaftarkan kehadiran dengan pihak kedutaan bagi memastikan komunikasi dapat dilakukan secara tepat pada masanya.

“Kementerian turut mengesyorkan agar semua lawatan yang tidak penting ke negara tersebut ditangguhkan buat sementara waktu

“Kementerian Luar akan terus memantau situasi ini dengan teliti dan akan mengeluarkan makluman lanjut jika perlu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN