Penjaring terbanyak Piala FA musim lalu sertai JDT

Penjaring terbanyak Piala FA musim lalu sertai JDT

MUJAGIC akan menyarung jersi JDT bernombor 29.-IHSAN FB JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan penjaring terbanyak Piala FA 2025-2026, Ajdin Mujagic sebagai pemain import baharu skuad Harimau Selatan.

Pengumuman itu dibuat skuad Harimau Selatan menerusi satu video di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini, ketika tempoh jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) akan ditutup Ahad ini.

Berdasarkan video berdurasi 28 saat itu, Mujagic yang sebelum ini bermain dengan Sabah dilihat menyarung jersi JDT bernombor 29.

Perkembangan terbaharu itu juga menyaksikan penyerang berusia 28 tahun itu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya di Sabah, Stuart Wilkin yang terlebih dahulu diumumkan sebagai pemain JDT pada jendela perpindahan kedua.

Untuk rekod, Mujagic menjaringkan lapan gol buat Sabah dalam saingan Piala FA 2025-2026 ketika skuad Badak bergelar naib juara selepas tewas 0-5 kepada JDT di pentas akhir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN