Pearly-Thinaah juara Indonesia Masters

Pearly-Thinaah juara Indonesia Masters

KEJAYAAN tersebut juga merupakan kemenangan sulung Pearly-Thinaah di Indonesia Masters, selepas mereka muncul naib juara pada edisi tahun lalu..-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah tidak perlu memerah keringat untuk dinobatkan sebagai juara pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Gandingan No. 1 negara itu yang menjadi pilihan menjuarai kejohanan berstatus Super 500 tersebut, dijangka berdepan beregu pecah ganding, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi.

Namun, pasangan Jepun itu mengambil keputusan menarik diri dan sekali gus menghadiahkan kemenangan percuma kepada Pearly-Thinaah tanpa perlu masuk ke dalam gelanggang.

Kemenangan percuma yang diberikan kepada wakil negara itu kini meletakkan Pearly-Thinaah mendahului rekod pertemuan dengan kedudukan 1-0.

Kejayaan tersebut juga merupakan kemenangan sulung Pearly-Thinaah di Indonesia Masters, selepas mereka muncul naib juara pada edisi tahun lalu.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung punca Igarashi-Takahashi menarik diri.

Sebagai juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$39,500 (RM157,215) beserta pingat emas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN